Aqsa Syarif Subang Jaya

Tuesday, April 27, 2010

Wallpaper AQSA

Dapatkan wallpaper AQSA.
click picture > right klik > save as

Pameran sulung AQSA SJ

Alhamdulillah, pada 25 April 2010, AQSA SJ telah mengadakan pameran dan jualan di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.

AQSA SJ telah berjaya mengumpul kutipan orang ramai sebanyak RM1205.00 dan seorang anak yatim Palestin telah berjaya mendapat seorang penaja. Hasil jualan pula ialah RM740.00.

Terima kasih diucapkan kepada para penderma budiman.
gambar menyusul

Produk Aqsa Syarif

Aqsa Syarif telah menghasilkan beberapa produk seperti Kemeja T, Vest, Sticker Kereta, penanda buku, buku nota, mug, botol air, topi, beg kain dan lain-lain. Barangan ini boleh dibeli dari wakil-wakil Aqsa Syarif seluruh Malaysia. Aqsa Syarif mempunyai wakil di seluruh negara, setiap negeri dan Insya Allah setiap daerah. Jualan barangan ini adalah semata-mata untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada rakyat Palestin, khususnya anak-anak yatim, ibu tunggal dan rakyat yang dicederakan oleh regim Yahudi. Pasangkan sticker kereta tersebut di kereta-kereta anda sebagai sokongan moral dan menyemarakkan semangat ingin membantu rakyat Palestin yang ditindas.

Ganjaran terbaik dari Allah menanti anda Insya Allah.

Sunday, April 25, 2010

Palestin sana sini

Sumbangan

Ayuh menyumbang ke tabung Aqsa Syarif.

Sebarang sumbangan untuk Palestin, sila bank in ke Akaun Aqsa Syarif. May Bank, No Akaun: 551575-004299

Aktiviti

Ruangan ini adalah untuk aktiviti-aktiviti Aqsa Syarif Subang Jaya

Hubungi Kami

AQSA Syarif cawangan Subang Jaya

Alamat:

No tel: 013-XXXXXXX (Azmi Katiman)

Email: aqsasyarif.subang@gmail.com

Profil


Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan ummat manusia amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini dikenali sebagai
Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”
Peristiwa ini bermula dengan terlaksanaya kependudukkan dan penjajahan haram oleh rejim zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.
AQSA SYARIF
Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu Penyebaran Maklumat, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari berbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya. Berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikkan Palestin dan dunia secara amnya.

VISI
Menjadi peneraju dalam memperkukuh perjuangan membebaskan Al-Aqsa dan Palestin.

MISI
Menggembling sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah.

MOTO 
Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa

OBJEKTIF 
1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka. 
2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. 
3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan. 
4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.