Aqsa Syarif Subang Jaya

Monday, May 31, 2010

Kenyataan Media Pasukan Pengurusan Krisis dan Sokongan Keluarga Misi LL4G Malaysia


SHAH ALAM, 31 Mei – Satu sidang media telah diadakan di De Palma Hotel, seksyen 19, Shah Alam bermula jam 3.20 pm. Ianya dikelolakan oleh Crisis Management Team (CMT) of LifeLine4Gaza dengan kerjasama banyak badan-badan bukan kerajaan termasuklah Yayasan Amal Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia, Haluan, Pemuda Masjid dan lain-lain. Sidang media ini telah dipengerusikan oleh En. Zulkifli, dari Lifeline4gaza. Ramai aktivis dan sukarelawan dari semua badan-badan bukan kerajaan(NGO) serta wakil-wakil dari media seperti astro awani turut turun padang untuk mendengar berita-berita dan perkembangan terkini dari peserta konvoi itu.

Seluruh wakil-wakil dari badan bukan kerajaan telah bersepakat dengan mengatakan bahawa tindakan tentera Israel itu sebagai satu tindakan yang harus ditentang secara besar-besaran. Ini kerana, satunya, mereka iaitu pihak tentera Israel telah menyerang satu konvoi kemanusiaan dari banyak negara di seluruh dunia yang hanya membawa muatan-muatan yang tidak langsung berunsur senjata, malahan dikhabarkan, tiada satu paku pun dibawa oleh mereka. Keduanya, pihak tentera Israel, dengan sesuka hatinya menyerang konvoi ini di luar lingkungan kawasan pengawasan mereka iaitu di Laut Antarabangsa. Seterusnya, terdapat beberapa buah kapal yang mengikuti konvoi ini yang sepatutnya bergerak menuju pelabuhan ashood telah ditukar arah oleh pihak Israel ke pelabuhan Haifa. Lain dari itu, diterangkan oleh Dr. Hafidzi Mohd Noor, wakil dari Palestinian Centre of Excellence(PACE) yang menerangkan bahawa konvoi kemanusiaan ke Gaza ini telah memenuhi salah satu resolusi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Untuk itu peserta-peserta konvoi kemanusiaan ini secara rasmi adalah boleh menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza. Maka, ini sudah jelas lagi terang bahawa memang Israel itu sudah tidak ada lagi sifat-sifat kemanusiaan dalam diri mereka.

Hampir 20 orang sukarelawan telah syahid dan beberapa yang lain cedera akibat serangan yang dilakukan oleh pihak rejim zionis itu. Tentang siapa yang syahid itu masih belum dapat dikenal pasti. Diberitakan juga bahawa pihak tentera Israel telah merampas seluruh bilik media di atas kapal Mavi Marmara yang menyebabkan seluruh perhubungan dengan pihak media seluruh dunia terputus dan ini menyukarkan pihak media untuk mendapat perkembangan terkini daripada peserta-peserta konvoi. Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), AQSA SYARIF dan Muslim Care. Pihak Israel telah membuat satu fitnah yang sangat besar dengan menyatakan sebab mereka melakukan serangan kepada peserta konvoi itu adalah kerana peserta konvoi itu sendiri telah memulakan serangan kepada tentera Israel.

Akhirnya, beberapa wakil dari badan-badan bukan kerajaan(NGO) yang terlibat dalam sidang media petang tadi telah mengeluarkan beberapa solusi yang mesti dilakukan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari pangkat, warna kulit, bangsa atau agama. Pertamanya, kita diminta untuk berdoa dan melakukan solat hajat di seluruh masjid dan surau di Malaysia untuk mendoakan keselamatan perserta-peserta konvoi ini selamat sampai di gaza untuk menyerahkan bantuan kemanusiaan itu. Keduanya, seluruh rakyat mesti menyatakan ketidak setujuan kepada pihak Israel bahawa tindakan mereka itu sangat-sangat hina dan pengecut kerana menyerang manusia yang tidak bersenjata dengan menyebarkan kepada masyarakat yang lain tentang berita dan perkembangan yang sebenar yang berlaku pada peserta konvoi ini. Seterusnya, wakil-wakil NGO telah menyeru pada seluruh rakyat Malaysia untuk turun padang pada hari Jumaat ini (4 JUN 2010) berhadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat untuk berdemonstrasi secara AMAN untuk menyatakan ketidaksetujuan dan ketidak puashatian terhadap apa yang berlaku kepada sukarelawan-sukarelawan konvoi kemanusiaan ini seterusnya menghantar memorandum kepada duta Amerika Syarikat di Malaysia yang akan menghalang dan menghentikan kekejaman Israel Zionis di Palestin. Lain daripada itu, seluruh pihak media yang kita tahu amat-amat memainkan peranan penting kepada masyarakat dunia diminta agar menyebarkan berita yang sebenar dan menguar-uarkan kepada masyarakat tentang siapa sebenarnya Israel itu.


 Berikut merupakan kenyataan media:

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,

b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,

c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan

d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Sunday, May 30, 2010

Friday, May 28, 2010

AQSA @ Casa Subang


27 Mei 2010- Penggerak AQSA SJ telah beraksi di surau Casa Subang, USJ 1, Subang Jaya. Ini merupakan julung-julung kalinya isu Palestin didedahkan kepada penduduk Casa Subang. Majlis yang bermula pada 9 malam itu telah menarik perhatian lebih kurang 70 hadirin yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Kebanyakan yang hadir adalah pelajar dari Taylor's College, Sunway University College, SEGI College.


Sesi taklimat mengenai isu Palestin telah disampaikan dengan penuh jaya oleh saudara Shahrul Aman dari Aqsa Syarif daerah Subang Jaya. Antara isi penting yang disentuh ialah mengenai tragedi Nakbah 15 Mei dan beberapa salah faham dan propaganda yang digunakan oleh pihak Zionis dan sekutunya dalam mengelirukan masyarakat dunia. Beliau juga berkongsi dengan para hadirin mengenai misi Lifeline4Gaza yang berusaha untuk menghantar keperluan asas ke Gaza.


'Roadshow' Palestin ini berakhir pada pukul 10.10pm dengan doa daripada para hadirin untuk umat di Palstin. Setelah majlis selesai, para hadirin menyerbu gerai yang telah dibuka oleh AQSA SJ sejak awal program. Mereka menderma ke dalam tabung Palestin sambil membeli barangan Aqsa Syarif sebagai tanda sokongan. Tidak lupa juga, seramai 16 orang telah mendaftar sebagai sukarelawan Aqsa Syarif termasuk seorang antarabangsa dari Pakistan. Sebanyak RM164.95 telah disumbangkan oleh penduduk Casa Subang untuk Palestin dan hasil jualan ialah sebanyak RM270.


ALLAHUAKBAR WALILLAHIL HAMD.


Memperkasa Ummah, Membebaskan Aqsa

Thursday, May 27, 2010

Teks khutbah sempena Misi Lifeline 4 Gaza untuk menerobos tembok kematian.


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Khatib mengajak semua pada hari Jumaat yang mulia ini untuk mempertingkatkan hubungan dengan Allah SWT., dengan muhasabah diri dan menghisab diri sendiri apakah kita telah memenuhi tuntutan untuk bertaqwa kepada Allah. Takwa itu bukan sekadar kata-kata tetapi tergambar pada perbuatan dan perkataan. Sebagaimana yang digambarkan oleh Umar al-Khattab, ”Takwa itu adalah ibarat engkau berjalan di satu jalan yang penuh dengan onak dan duri.” Bagaimanakah caranya seorang itu berjalan di atas jalan yang penuh dengan ancaman yang boleh mencederakan seseorang? Pastilah beliau akan berjalan dengan penuh hati-hati agar tidak terpijak duri sehingga boleh melukakan dan mencelakakan dirinya. Inilah gambaran orang yang bertaqwa. Sikap hati-hatinya di dalam hidup di dalam menjaga batas-batas halal dan haram apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Allah menjadikan kehidupannya sejahtera di dunia dan apatah lagi di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Saat ini ratusan manusia dari puluhan negara sedang menggabungkan usaha mereka di dalam satu inisiatif yang dinamakan ’Lifeline 4 Gaza’ dengan objektif untuk menerobos tembok kematian ’Jaridul Maut’ yang dipasang oleh Zionis Israel yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperikan kepada penduduk Gaza sejak empat tahun yang lalu. Khatib ingin membawa ingatan para jamaah sekelian kepada satu peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabatnya di Mekah yang mirip dengan apa yang berlaku kini di Gaza. Sekiranya kita membandingkan peristiwa sekatan dan kepungan Israel ke atas Gaza dengan peristiwa sekatan ekonomi ke atas Rasulullah SAW dan Bani Hashim di Shi’ib (lembah) Abu Talib maka kita akan dapati sejarah telah berulang. Oleh kerana sejarah adalah satu ’sunnah’ iaitu peristiwa yang berlaku atas hukum sebab dan musababnya, maka kesudahan kepada kepungan di atas Gaza ini juga boleh dijangka. ”Dan kamu tidak akan dapati perubahan pada sunnah Allah’. ”Berjalanlah kamu di atas muka bumi dan saksikanlah apakah kesudahannya orang-orang yang melampaui batas. Demikianlah kami ceritakan kepada manusia, menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu kamu jangan merasa rendah dan merasa sedih kerana kamulah orang yang paling tinggi darjatnya sekiranya kamu orang-orang yang beriman.” (Al-Imran 137 – 139).

Ketika pemuka-pemuka Quraish menghadapi jalan buntu kerana tidak satupun helah dan makar yang mereka rencanakan untuk menghentikan dakwah Rasulullah SAW berjaya, timbul lah perancangan untuk mengenakan tekanan kepada Rasulullah SAW dan komuniti mukminin yang minoriti dengan menggunakan senjata ekonomi. Fitnah, serangan peribadi, tuduhan liar, adu domba malah penyeksaan fizikal tidak sedikitpun melemahkan jiwa umat Islam. Mereka semakin yakin dan teguh mempertahankan iman mereka. Begitu juga dalam konteks Zionis Israel pada hari ini yang menggunakan pelbagai strategi termasuklah dasar pecah dan perentah, melaga-lagakan kumpulan penentang dari kalangan rakyat Palestin, menggunakan pengaruhnya ke atas Amerika Syarikat, tekanan PBB dan masyarakat antarabangsa ke atas rakyat Palestin bahkan membunuh tokoh-tokoh pejuang Islam seperti Syeikh Ahmad Yassin as-Syahid dan Dr Abdul Aziz Rantisi as-Syahid tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Saf perjuangan rakyat Palestin semakin mantap dan sokongan kepada gerakan Islam semakin padu. Apabila pilihanraya umum diadakan di Palestin buat pertama kalinya untuk memilih ahli-ahli legislatif (parlimen) mereka memberikan kemenangan selesa kepada kelompok pejuang Islam yang tidak akan bertolak ansur sedikitpun dalam soal kedudukan Masjid al-Aqsa, kedudukan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin, hak pelarian Palestin untuk pulang ke tanah air dan kampung halaman serta negara Palestin yang dirampas secara tidak sah oleh pendatang Yahudi. Maka kita dapati regim Zionis Israel telah menggunakan pendekatan yang serupa dengan orang-orang Quraish untuk melemahkan umat Islam.

Umat islam pimpinan Rasulullah SAW semakin kuat dari sehari kesehari. Tekanan yang dikenakan tidak berbekas, sebaliknya umat Islam semakin kuat dengan masuk Islamnya Hamzah bin Abdul Mutalib dan Umar al-Khattab. Sebahagian umat Islam yang berhijrah ke Habsyah pula mendapat perlindungan dan simpati dari Raja Najasyi. Ini menyebabkan pemimpin Quraish telah sepakat untuk melaksanakn boikot total ke atas Rasulullah SAW dan keluarganya dari Banu Hashim dan seluruh komuniti muslim. Pengistiharan ini telah ditulis oleh Mansur bin Akromah dan diluluskan oleh Dewan Agung Quraish. Mulai saat itu tidak ada siapapun di kalangan penduduk Mekah yang dibenarkan untuk berurus niaga dan berkahwin dengan Banu Hasyim. Juga musuh-musuh Rasulullah SAW dan umat Islam akan disokong oleh orang-orang Quraish tanpa kecuali. Kita melihat persamaan ini pada tindak balas Israel ketika mereka terpukul dengan kemenangan gerakan Islam HAMAS dalam pilihanraya umum di Palestin meskipun pemimpin-pemimpin umat Islam berjaya mereka bunuh dan puluhan ribu rakyat Palestin dipenjarakan. Dengan memperkuda kuasa dunia, Israel mendesak Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah dan PBB melalui inisiatif yang dinamakan ’Quartet Timur Tengah’ telah mengenakan tekanan ke atas Palestin supaya mengiktiraf Israel, menghentikan penentangan dan bersedia untuk berdamai dengan pihak musuh yang telah merampas hak dan tanah air mereka. Jawapan dari rakyat Palestin sudah dijangka iaitu menolajk semua tuntutan yang menghinakan itu. Maka sama seperti tindakan Quraish, rejim Zionis Israel mengenakan sekatan ekonomi yang komprehensif dan menutup semua laluan dan pintu masuk ke Gaza pada tahun 2007. Sebagaimana Shi’ib Abi Talib pada zaman Rasulullah menjadi penjara begitu jugalah Gaza yang berukuran lebih sedikit dari 400 km persegi bertukar menjadi penjara terbesar di dunia. Bermula dari tahun 2007 sehingga kini, Gaza merupakan penjara terbuka (open air prison) untuk sekitar 1.5 juta rakyat Palestin.

Penderitaan rakyat Gaza tidak mungkin tergambar dengan kata-kata. Bekalan makanan terpaksa dicatu dan bekalan ubat-ubatan terputus sama sekali. Hampir 80% dari kanak-kanak Gaza mengalami malnutrition atau kekurangan zat makanan. Kita dimaklumkan dalam keadaan terputus bekalan makanan ada keluarga yang mengutip rumput dijalanan dan direbus untuk meredakan tangisan anak-anak yang pedih perut kerana kelaparan. Dalam keadaan terkepung dan tidak mendapat perlindungan mereka diserang pula secara bertalu-talu dengan sangat biadap pada awal tahun 2009 sehingga membunuh sekitar 1,500 orang rakyat awam. Rumah-rumah, masjid, pejabat kerajaan, hospital, sekolah, universiti, kilang bahkan pejabat PBB menjadi sasaran bedilan tentera Israel. Walaupun sudah setahun lebih serangan biadap tersebut berlaku namun sehingga kini mereka tidak berdaya untuk membaik pulih dan membina semula bangunan yang runtuh kerana tidak ada bahan binaan yang dibenarkan masuk ke Gaza.

Senario ini menyamai apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW di Shi’ib Abi Talib. Oleh kerana terputus bekalan makanan maka umat Islam hanya memakan sebiji kurma atau separuh biji kurma sehari. Adakalanya mereka tidak punya sebarang makanan untuk mengalas perut yang kelaparan. Seperti yang diceritakan oleh Saad bin Abi Waqash. ”Pada satu hari aku keluar ke lembah dan aku terjumpa kulit unta yang telah kering. Lalu aku bakar dan racik, selepas itu aku rendam dalam air dan itulah makanan aku untuk selama tiga hari.”

Tangisan kanak-kanak yang kelaparan di malam hari telah menimbulkan simpati yang mendalam di kalangan orang-orang Quraish yang masih lembut hatinya. Di kalangan mereka seperti Hakim bin Hizam, Abul Ash bin Rabi’ dan Hisyam bin Umar. Mereka seringkali memunggah unta mereka dengan bekalan makanan dan membawa unta-unta tersebut ke lembah Shi’ib Abi Talib dengan harapan bekalan tersebut sampai ke tangan umat Islam. Namun kawalan ketat yang dibuat oleh peronda Quraish seringkali menggagalkan usaha ini. Sering juga mereka bertembung dengan Abu Jahal sehingga mencetuskan perbalahan di antara mereka. Semakin lama simpati di kalangan orang-orang Quraish semakin mendalam dan akhirnya menjadi gelombang protes yang tidak dapat dibendung oleh orang-orang yang berkeras untuk meneruskan boikot. Mereka bertanya sesama sendiri ”wajarkah tuan makan makanan yang terbaik sementara kerabat tuan dalam kebuluran dan tidak berpakaian.” Sebahagian yang lain pula berkata ’Jika saya bersendirian maka saya tidak berupaya untuk menghadapi Quraish, tetapi jika orang yang bergabung dengan saya maka saya tidak teragak-agak untuk mengoyak penjanjian sekatan di kaabah.”. Bergabunglah beberapa orang Quraish di antara mereka Hisyam bin Umayr, Zuhair bin Abi Umayah, Mut’am bin Adi, Abul Bakhtari dan Zam’ah. Mereka berlima mengistiharkan pembatalan perjanjian sekatan dengan sokongan ramai orang-orang Quraish yang lain sehingga tidak dapat dibantah oleh Abu Jahal. Mereka berhasrat untuk mengoyakkan surat perjanjian tersebut tetapi mendapatinya telahpun dimakan anai-anai kecuali pada ayat yang tertulis ’Dengan Nama Allah”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Hari ini penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Gaza sejak sekian lama telah mula membina simpati masyarakat antarabangsa. Sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan mereka merasai apa yang dirasai oleh orang-orang Quraish ketika Rasulullah SAW dan umat Islam dikepung di Shi’ib Abi Talib. Hari ini hampir 700 orang sedang berkampung Antalia, Turki untuk menaiki kapal yang akan membawa mereka masuk menerobos tembok kematian Gaza. Mereka datang dari lebih 40 negara samada muslim atau bukan muslim dengan satu tujuan untuk membuka sekatan kejam yang dideritai oleh rakyat Gaza. Sebagaimana Hakim bin Hizam mereka membawa makanan, ubat-ubatan, alat-alat tulis dan persekolahan, alat-alat sukan dan permainan, gen-set, peralatan perubatan dan bahan-bahan binaan di atas sembilan buah kapal yang akan belayar ataupun sudah berlepas ke Gaza. Sebagaimana Abu Bakhtari dan orang-orang Quraish yang lain mereka datang dengan satu message yang tegas bahawa mereka tidak redha dengan kezaliman yang ditimpakan ke atas sauadar-saudara kita di Gaza dan tidak ada suatupun yang akan menghalang mereka untuk menghentikan sekatan itu. Sebagaimana yang disebut oleh ketua delegasi sukarelawan Malaysia seramai 11 orang yang akan bersama misi kemanusiaan Lifeline 4 Gaza di atas kapal Mavi Marmara iaitu ’Mereka tetap akan sampai ke Gaza meskipun harus berenang ke sana’. Meskipun Israel mengumumkan pelbagai bentuk ancaman termasuklah memaksa kapal-kapal itu mendarat di Israel di mana sebuah penjara besar disediakan di Ashkalon untuk memenjarakan kesemua sukarelawan yang menyertai misi ini, ketua penganjur Lifelne 4 Gaza dari IHH Turki menegaskan bahawa ’Pelan A ialah kami akan memasuki Gaza, Pelan B kami akan memasuki Gaza dan Pelan C kami akan memasuki Gaza’.

Sidang jumaat yang dirahmati Allah.

Yakinlah bahawa perjuangan untuk pembebasan bumi Palestin, Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa akan diterajui sendiri oleh Allah SWT. Allah SWT akan menggerakkan jundi-jundi (tentera-tenteranya) untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan umat Islam. Allah SWT akan menggerakkan dhamir umat manusia meskipun mereka dari kalangan bukan muslim untuk bersama mendukong misi yang mulia ini. Bahkan mereka bersama dengan saudara-saudara muslim di dalam misi berbahaya ini tidak gentar untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuklah diserang secara ketenteraan oleh pihak Israel. Bagi saudara-saudara kita yang menyertai misi ini mereka sudah tekad untuk mewakafkan jiwa mereka untuk memenangkan Islam. Bagi mereka syahid adalah sesuatu yang mereka dambakan. Semuga Allah menguatkan hati mereka dan hati kita semua kepada Islam dan perjuangannya. Semuga Allah memenangkan Islam dan menjayakan misi ini. Bagi kita yang menyaksikan peristiwa penting ini dari jauh marilah kita hayati amanat sahabat-sahabat yang kini sedang berdepan dengan musuh Allah dan Rasulnya di lautan samudera luas terbentang
“Sebagaimana kita sedia maklum terdapat pelbagai kemungkinan pengakhiran misi ini dan Allah jua yang maha mengetahui. Pohon doa pengakhiran yang terbaik bagi misi dan ahli-ahlinya serta semua yang ditinggalkan. Pengakhiran terbaik bagi pejuang tidak syak lagi adalah pengakhiran syahid.”
“Doakan kami, sahabat-sahabatku yang diredhai Allah untuk yang terbaik kepada misi ini dan juga saudara-saudara kita di Palestin. Semoga kita akan bertemu di tempat yang terbaik di akhirat nanti. Kepada Allah kita berserah.”

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

“Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al-Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan Allah atas kelalaian, kemalasan dan kejumudan amalan-amalan kita.”
“Ya Allah! Bantulah kami”

وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا
4:75 "Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita maupun anak-anak yang semuanya berdoa: ""Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi Engkau!""."
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Kita diperingatkan oleh Allah SWT di dalam al quran
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
9:71 "Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
Sabda Rasulullah SAW:
“Seorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Sesungguhnya membantu saudara seislam yang diserang, dizalimi dan ditindas oleh musuh-musuhnya adalah merupakan satu tuntutan ukhuwah. Tuntutan ukhuwah di Dalam Islam tidak mengenal batas-batas Negara, bangsa dan keturunan. Selama mana seseorng itu mengucap kalimah syahadah maka dia ada saudara dalam Islam yang wajib dibela dan dipertahankan. Jika dia disakiti dan dianiaya menjadi tanggungjawab umat Islam untuk merawat, menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan kesakitan tersebut dan menghapuskan penganiayaan dan kezaliman yang dilakukan ke atas dirinya. Ini adalah kerana Rasulullah SAW bersabda yang membawa maksud:
“Umat Islam adalah ibarat satu tubuh. Jika sebahagian tubuh merasa sakit maka seluruh tubuh akan merasakan sakitnya dan tidak boleh tidur malam.”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.
Atas rasa tanggungjawab dan prihatin yang amat mendalam terhadap kezaliman yang sedang berlaku ke atas umat Islam, khatib mengsyorkan beberapa tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh umat Islam.
Pertama, khatib menyeru umat Islam supaya bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh agar Allah mengeluarkan kita dari keadaan yang lemah ini dan mengampuni kealpaan selama ini. Seterusnya kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan kepada seluruh umat Islam supaya bangkit dari kelemahan ini untuk berhadapan dengan musuh-musuh Islam. Seterusnya secara khusus kita memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan ke atas umat Islam di Palestin ke atas musuh-musuh zionis yahudi.

Kedua, khatib mengsyorkan agar setiap kariah dan kawasan mngadakan solat hajatperdana memohon kepada Allah agar saudara-saudara yang menyertai misi Lifeline 4 gaza dan saudara kita di Palestin diselamatkan dari kejahatan musuh-musuh zionis dan memenangkan mereka dengan ‘karamah’ dari Allah SWT. Kita yakin golongan yang dizalimi dan teraniaya pasti didengari doa mereka dan akan mendapat pertolongan Allah SWT.

Ketiga khatib mengsyorkan agar umat Islam tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kewangan kepada suadara-saudaranya di Palestin. Ini bersesuaian dengan anjuran Allah SWT agar umat Islam berjihad dengan harta dan jiwa raga mereka. Firman Allah SWT dari surah as Saff
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَـٰرَةٍ۬ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٍ۬ (١٠) تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَـٰهِدُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ خَيۡرٌ۬ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (١١)
“Wahai orang yang beriman. Sukakah kamu diberitahu satu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari seksa api neraka iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya, dan berjihad pada jalannya dengan harta-harta kamu dan jiwa raga kamu. Itulah yang baik bagi kamu jika kamu mengetahui.

Akhirnya khatib ingin mengingatkan umat Islam bahawa kezaliman dan penganiayaan itu menimpa bumi yang diberkati, bumi para Nabi, bumi Isra’ dan mikraj dan bumi di mana terletak masjid al Aqsa yang dimuliakan Allah SWT di samping masjid al Haram dan masjid a-Nabawi.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.


Disediakan oleh
Dr Hafidzi Mohd Noor
PACE (Palestine Centre of Excellence)

Monday, May 24, 2010

Majlis perasmian pejabat Aqsa Syarif

23 Mei 2010- AQSA SJ telah menghantar rombongan seramai 13 orang ke majlis perasmian pejabat Aqsa Syarif di Kajang.

Ketika rombongan sampai, dewan telah pun dipenuhi oleh penggerak-penggerak Aqsa Syarif seluruh Malaysia. Majlis dimulai dengan ucapan aluan daripada pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanudddin. Beliau menceritakan sejarah penubuhan Aqsa Syarif yang amat istimewa yang bersejarah. Beliau juga menyampaikan beberapa nasihat dan pesanan kepada para hadirin berkenaan keikhlasan dan semangat perjuangan yang perlu ditiupkan kepada rakyat Malaysia mengenai isu Palestin. Beliau yang akan berangkat ke Turki untuk bersama-sama dalam rombongan menghantar bantuan ke Gaza pada keesokan hari memesan agar perjuangan membebaskan Aqsa perlu diteruskan.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Abu Ubadah yang merupakan duta Palestin di Sudan. Beliau mengisahkan sejarah panjang perjuangan membebaskan Palestin daripada penjajahan yang seharusnya dihayati oleh seluruh dunia khususnya umat Islam. Seterusnya beliau merasmikan pejabat Aqsa Syarif dengan tayangan video koporat Aqsa Syarif. Majlis yang penuh bersejarah ini diakhiri dengan doa kemenangan dan kebebasan untuk Masjidil Aqsa yang diketuai oleh pengerusi Aqsa Syarif sendiri.

Setelah perasmian, majlis penyerahan sumbangan rakyat Malaysia untuk Palestin diadakan. Kemudian para hadirin dijemput untuk melawat pejabat Aqsa Syarif.
Ucapan Pengerusi Aqsa Syarif sempena majlis perasmian pejabat Aqsa Syarif. (malam terakhir sebelum keberangkatan beliau ke Turki untuk bersama dalam misi menghantar bantuan ke Gaza)


Kenyataan Akhbar Aqsa Syarif 23 Mei 2010

Kenyataan akhbar:

Pemergian Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus dengan diiringi oleh Wartawan Astro Awani En. Ashwad Ismail dan Shamsulkamal Bin Abdul Latip untuk menyertai Sukarelawan gabungan NGO Malaysia yang diketuai oleh Haluan dalam misi Lifeline 4 gaza

Pengerusi Aqsa Syarif Ust Hasanuddin Mohd Yunus akan berangkat ke Istanbul pada hari Ahad 23 Mei diiringi oleh dua orang wartawan Astro Awani. Mereka dijadualkan akan berlepas dari KLIA sebelum tengah malam dan dijangka tiba pada awal pagi 24 Mei di lapangan terbang Kamal Attaturk.

Mereka akan bergabung dengan lapan orang sukarelawan Malaysia yang sudah berada di pelabuhan Altanya bagi menyertai misi Lifeline 4 Gaza. Lapan orang sukarelawan tersebut yang diketuai oleh ketua misi Sdr Norazman Shamsuddin dari Haluan turut disertai oleh anggota misi dari Muslimcare, PACE/JIM, Aqsa Syarif dan juga Yayasan Amal.

Aqsa Syarif amat menghargai penyertaan Astro awani yang akan membuat liputan sepanjang perlaksanaan misi ini bermula dari pelayaran keluar flotilla dari pelabuhan Altanya, Turki sehingga tiba ke Gaza. Mereka akan terus membuat liputan sehingga anggota misi selesai memenuhi amanah menyampaikan barangan yang dimuatkan di atas sembilan buah kapal yang menyertai misi tersebut. Sumber berita yang diterima dari ketua misi iaitu Sdr Norazman, sukarelawan gabungan NGO dari Malaysia akan menaiki kapal Turki ‘Mavi Marmara’. Pihak kami juga dimaklumkan lebih dari 7,000 sukarelawan dari seluruh dunia sudah berada di Altanya untuk menyertai misi ini.

Kami memohon doa dari rakyat Malaysia agar semua anggota misi selamat melaksanakan amanah yang besar ini untuk menerobos tembok kematian yang telah mendatangkan penderitaan yang tidak terperi kepada penduduk Gaza. Semuga usaha gabungan dari seluruh dunia yang prihatin ini akan membuktikan bahawa regim Zionis Israel tidaklah sekebal yang diperlihatkan dan mereka akan tunduk juga kepada tekanan dari masyarakat antarabangsa untuk menghentikan kezaliman dan kebiadapan ke atas rakyat Palestin terutama di Gaza.

PM Dr Hafidzi Mohd Noor
Ahli Lembaga Pengarah Aqsa Syarif Bhd

23 Mei 2010

Aqsa Syarif Press Conference 21 Mei 2010

Sidang Media Aqsa Syarif 21 Mei 2010 bersempena pelancaran Bulan Nakbah, Penajaan Anak Yatim dan Keluarga miskin serta penyerahan bantuan pendidikan kepada Bait Lahia, Gaza.



Sunday, May 23, 2010

Akan Datang: AQSA@ Casa Subang


InsyaAllah AQSA SJ akan mengadakan roadshow Palestin di Surau Casa Subang, USJ 1 (surau di condominium Casa Subang).

Antara aktiviti yang akan dilakukan ialah ceramah Palestin dan maklumat terkini berkenaan rombongan bantuan dari Malaysia ke Gaza, kutipan tabung Palestin (amat digalakkan membawa sumbangan), tayangan video dan jualan barangan AQSA SYARIF.

Memperkasa Ummah Membebaskan Aqsa

Friday, May 21, 2010

AQSA@ Muslimat Al-Falah USJ9

21 Mei 2010- AQSA SJ sekali lagi turun padang menyedarkan masyarakat mengenai isu Palestin. Kali  ini, mereka beraksi di Masjid Al-Falah USJ9 dalam program khusus Muslimat.

Alhamdulillah, hasil kutipan tabung Palestin sebanyak RM8,058.10 + sebentuk cincin emas. Hasil jualan pula sebanyak RM430. Segala bentuk sumbangan 100% akan ke Palestin

Semoga Allah mengganjari amal anda semua.
Memperkasa Ummah, Membebaskan AQSA

Wednesday, May 19, 2010

Jom taja anak yatim dan keluarga miskin Palestin

Aqsa Syarif telah dipilih menjadi wakil untuk kutipan dana dan sponsor bagi keluarga miskin dan anak yatim di Palestin. Kami menganjurkan semua rakyat Malaysia agar turut sama dalam program ini.

Tuan/Puan boleh membuat sumbangan atau sponsor untuk keluarga miskin dan anak yatim dengan mengisi borang di bawah ini. Brosur dan borang disediakan dalam dua versi iaitu doc dan pdf. Versi doc boleh dibuka menggunakan perisian Microsoft Word manakala versi pdf boleh dibuka menggunakan perisian pdf reader.
Untuk download borang di bawah boleh ikut langkah-langkah berikut:
1) Right Click pada borang yang ingin dimuat turun.
2) Klik ‘Save Target As’ (Jika menggunakan Internet Explorer) atau ‘Save Link As’ (Jika menggunakan Browser lain).

Surat pengesahan dari Takaful For Child Welfare (Lebanon) [surat]

Brosur keluarga miskin Palestin [doc] [pdf]
Borang tajaan keluarga miskin Palestin [doc] [pdf]

Brosur anak yatim Palestin [doc] [pdf]
Borang tajaan anak yatim Palestin [doc] [pdf]

Sunday, May 16, 2010

AQSA di SRIMDE

Alhamdulillah, penggerak AQSA Subang Jaya telah membuka langkah dalam misi 'Memperkasakan Ummah, Membebaskan Aqsa'. Bersempena 'Hari Kantin' Sek Rendah Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya, AQSA SJ telah membuka gerai yang berjaya menjadi perhatian orang ramai. 

Seawal 9.00 pagi, penggerak AQSA SJ turun menyantuni masyarkat sekolah memberi pendedahan akan isu Palestin. Antara aktiviti yang dilakukan ialah promosi AQSA SYARIF dan jualan. Program berakhir pada jam 12.00pm dengan hasil jualan yang terkumpul adalah sebanyak RM 219, dan sebanyak RM35 telah berjaya disumbangkan oleh masyarakat sekolah ke dalam tabung Palestin.
Antara yang menarik ialah , gerai AQSA SJ juga dibantu oleh beberapa ibu bapa murid yang telah menunjukkan minat untuk menjadi sukarelawan AQSA  dan secara keseluruhan, sambutan dan pertanyaan daripada ibu bapa amat menggalakkan.

Semoga usaha yang dilakukan menjadi penyumbang ke arah pembebasan AQSA.



15th May, a day of remembrance of an-Nakbah.


The tragedy of an-Nakbah or catastrophe officially unfolded on the 15th May of 1948 with the birth of the illegitimate state of Israel. It was the culmination of the systematic usurpation of Palestinian land by Jewish settlers since the 1920’s and ended with the mass exodus of more than 800,000 Palestinians vacating their homes and land to save dear life. Sixty two years have past to date, and these displaced Palestinians or their children and children’s children are still living in refugee camps across the middle east, longing to return to their homes in historic Palestine.
It all started with the notorious Balfour Declaration passed in the British House of Commons in 1917, giving the rights to the people of Jewish descent to migrate and populate the British mandated territory of Palestine. It marked the success of the International Zionist movement started and led by Teodor Hertzl in 1897, which after much consultation settled for Palestine for the Jewish National Home. They came and settled in Palestine, buying over land or taking over from absentee landlords. Thanks to the great Mufti of Palestine, al-Haj Amin Husaini, a religious edict was passed by the council of muslim scholars which forbade Palestinians from selling their lands to Jewish settlers. Things came to a head after the Second World War, when displaced jews of Europe as a consequent of Hitlers pogrom, or the Holocaust, flocked to Palestine in their hundreds of thousands. They formed armed groups like Haganah and Irgun, terrorizing Palestinians by conducting raids and massacres on Palestinian villages. To resolve the situation in Palestine, the United Nation formed the UNSCOP (United Nation Special Committee on Palestine) to preside over the issue, and they came up with the Partition Plan, whereby historic Palestine was divided into Arab and Jewish territory. Fifty five percent of Palestinian territory was carved up for the Jewish immigrants from Europe. The Partition Plan was tabled in the United Nations General Assembly in 1947 and was passed as the Resolution 181 with majority votes. As Arab and Islamic countries have yet to become members of the United Nation, as they were still under the colonial yoke, the outcome of the motion was a forgone conclusion. What’s worst was the Palestinian people, the rightful owner of the land was ignored as if they were non existent.
Nineteen years later, the zionist State of Israel annexed the remaining 23% of the Palestinian territories of the West Bank, the Gaza Strip and East Jarusalem (Baitul Maqdis), what’s left of the Arab territories from the first Arab-Israeli War of 1948. Right to this day, every single inch of these remaining territory has been under occupation. Despite of repeated calls by the United Nations to withdraw to the Green Line of 1967, as stipulated by the UN Resolution 242 and 338 Israel remain defiant. The longstanding occupation now has lead to other more demeaning and sinister moves by the Zionist regime to carve up more land by buiding jewish-only settlements on Palestinian lands, constructing the notorious wall that snakes through the West Bank from north to south, disrupting daily movements of the Palestinian people and blocking access to schools, farms and water sources. Against every sense of justice and international laws and convention, Israel has been laying siege on the densely populated Gaza strip since 2006, turning it into the biggest terrestrial prison on earth. The population of Gaza was collectively punished for putting up resistance against the occupation, an act that is sanctioned even by the United Nations and the Geneva Conventions. The siege was than followed by a massive military strike against a deprived population that lasted for 22 days with the aim of breaking the spirit of the Palestinian people. But the Palestinian people survived the terrible ordeal and came out stronger.
These episodes only prove one thing i.e. no power can frustrate a national aspiration for freedom. The Palestinian people will continue to remain steadfast in their struggle to liberate their land and restore their dignity in the face of the most oppressive regime the world has ever known. They have put up sixty two years of honourable fight to regain their freedom and they are showing no signs of letting up.
PACE proudly stood by the Palestinian cause. The Palestinian people deserve a standing ovation for such an increadible feat.
Assoc Prof Dr Hafidzi Mohd Noor
Director
PACE (Palestine Centre of Excellence)

Wednesday, May 5, 2010

Perhimpunan Perdana Palestin - 8 Mei 2010

 
AQSA SYARIF terlibat bersama gabungan NGO yang diterajui oleh HALUAN menjayakan Perhimpunan Perdana Palestin sempena pelancaran Lifeline 4 Gaza seperti berikut.

Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian

Perhimpunan Perdana PALESTIN
Tarikh; 8 Mei 2010
Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm

Aktiviti Menarik
- Persembahan Nasyid, Parkour & Sketsa
- Tayangan Video Air Mata Palestin
- Ucapan Wakil-wakil NGO
- Ucapan Wakil dari Palestin
- Penyampaian Sumbangan

Tetamu Jemputan
- Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air
- Kumpulan Nasyid Shoutul Harokah

*Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
*Kutipan dana akan turut diadakan & sumbangan akan disalurkan ke Gaza secara langsung.
*Bawa sejadah untuk solat Maghrib berjemaah di Stadium.


Anjuran

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)
* Global Peace Mission
* Muslim Care
* Yayasan Amal Malaysia

Dengan Kerjasama
* Majlis Bandaraya Shah Alam
* Nasyeed.com
* Muadz4peace. com
* ShouHAR Management (Malaysia)

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

Office & Correspondence Address:
Lifeline 4 Gaza
c/o Biro HALUAN Palestin
16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
http://www.lifeline 4gaza.org