Aqsa Syarif Subang Jaya

Tuesday, July 6, 2010

AQSA@Subang Bestari

Satu lagi program roadshow palestin dianjurkan oleh Aqsa Syarif Subang Jaya. Kali ini, AQSA SJ bekerjasama dengan surau ukhuwwah, Subang Bestari. Program pada 26 Julai 2010 ini berjaya mengumpulkan hadirin seramai lebih kurang 110 orang.

Penyampaian disampaikan oleh Ahli Lembaga Aqsa Syarif, Dr Tengku Shahrom dengan penuh bersemangat. Program yang bermula selepas maghrib dan tamat pada pukul 10.30 malam ini berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1600 yang akan disumbangkan kepada rakyat Palestin. Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah jualan dan beberapa orang hadirin telah mendaftar sebagai sukarelawan Aqsa Syarif.

No comments:

Post a Comment