Aqsa Syarif Subang Jaya

Monday, May 24, 2010

Majlis perasmian pejabat Aqsa Syarif

23 Mei 2010- AQSA SJ telah menghantar rombongan seramai 13 orang ke majlis perasmian pejabat Aqsa Syarif di Kajang.

Ketika rombongan sampai, dewan telah pun dipenuhi oleh penggerak-penggerak Aqsa Syarif seluruh Malaysia. Majlis dimulai dengan ucapan aluan daripada pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanudddin. Beliau menceritakan sejarah penubuhan Aqsa Syarif yang amat istimewa yang bersejarah. Beliau juga menyampaikan beberapa nasihat dan pesanan kepada para hadirin berkenaan keikhlasan dan semangat perjuangan yang perlu ditiupkan kepada rakyat Malaysia mengenai isu Palestin. Beliau yang akan berangkat ke Turki untuk bersama-sama dalam rombongan menghantar bantuan ke Gaza pada keesokan hari memesan agar perjuangan membebaskan Aqsa perlu diteruskan.

Seterusnya, Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Abu Ubadah yang merupakan duta Palestin di Sudan. Beliau mengisahkan sejarah panjang perjuangan membebaskan Palestin daripada penjajahan yang seharusnya dihayati oleh seluruh dunia khususnya umat Islam. Seterusnya beliau merasmikan pejabat Aqsa Syarif dengan tayangan video koporat Aqsa Syarif. Majlis yang penuh bersejarah ini diakhiri dengan doa kemenangan dan kebebasan untuk Masjidil Aqsa yang diketuai oleh pengerusi Aqsa Syarif sendiri.

Setelah perasmian, majlis penyerahan sumbangan rakyat Malaysia untuk Palestin diadakan. Kemudian para hadirin dijemput untuk melawat pejabat Aqsa Syarif.
Ucapan Pengerusi Aqsa Syarif sempena majlis perasmian pejabat Aqsa Syarif. (malam terakhir sebelum keberangkatan beliau ke Turki untuk bersama dalam misi menghantar bantuan ke Gaza)


No comments:

Post a Comment